Facebook Twitter Instagram
    Zaeem Ghufran
    • Home
    • Siapa Saya?
    • Produk & Servis
      • Waapify – Whatsapp Automation
      • Wabot-Whatsapp Automation
    • Youtube
    • Hubungi
    Facebook Twitter Instagram
    Zaeem Ghufran
    Home»Marketing»Apa Itu Unique Selling Proposition (USP)?
    Marketing

    Apa Itu Unique Selling Proposition (USP)?

    Zaeem GhufranBy Zaeem GhufranNo Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Hari ini persaingan dalam bisnes amatlah sengit, Boleh dikatakan setiap hari akan ada peniaga baru yang muncul, Pelbagai produk yang diniagakan.

    Ada menjual pakaian, ada jual produk kosmetik, ada yang jual produk kesihatan, servis dan macam-macam lagi.

    Dalam keadaan persaingan bisnes yang sengit seperti sekarang ini, kita perlukan strategi dan teknik yang membolehkan customer selalu tercari-cari anda.

    Kita perlu ada Unique Selling Proposition (USP) dalam produk anda.

    Unique Selling Proposition adalah sesuatu yang membezakan produk atau servis yang anda sediakan dengan pesaing yang lain, hal ini akan menjadikan bisnes kita unik dan special.

    Pernah tak anda terima soalan seperti :

    1. Orang lain pun ada butik, apa beza butik orang lain dengan butik kamu?
    2. Kenapa saya perlu beli dari kamu, bukan dengan orang lain?
    3. Kenapa saya perlu alert dengan bisnes kamu?
    4. Apa yang special dengan produk kamu?

    Tahu tak anda, dengan mempunyai Unique Selling Proposition yang jelas, kita akan dapat jawab semua persoalan seperti itu.

    Disini saya sediakan beberapa langkah untuk bina Unique Selling Proposition anda sendiri:

    1. Kenali prospek anda

    Untuk menghasilkan Unique Selling Proposition yang efektif, kita harus mengetahui apa yang diinginkan dan diperlukan oleh prospek kita. Kita juga harus mengenali mereka, sehingga kita dapat ‘memujuk’ mereka untuk membeli produk atau servis yang kita jalankan dan menjadikan kita pilihan utama mereka.

    2. Kenal pasti masalah prospek

    Kenal pasti apakah keperluan atau permintaan dalam pasaran sekarang. Apakah perkara yang paling mengecewakan prospek semasa berurusniaga?

    Contoh, saya bagi contoh bisnes butik, Prospek anda selalu ada masalah baju yang dibeli kotor, tapi tak boleh nak tukar atau claim warranty. Jadi kita tawarkan setiap baju dari butik anda ada warranty.

    Dengan menyelesaikan masalah prospek itu, tak mustahil mereka akan jadi pelanggan tetap butik kita.

    3. Tunai Unique Selling Proposition yang ditawarkan

    Kita boleh janjikan apa sahaja Unique Selling Proposition dalam produk anda, tetapi anda wajib pastikan kita mampu untuk tunaikan semuanya.

    Unique Selling Proposition yang baik boleh menjadikan perniagaan anda berjaya, begitu juga sebaliknya.

    Anda perlu yakinkan pelanggan yang anda mampu untuk lakukannya.

    Jadi, apa Unique Selling Proposition anda? Apa yang prospek bakal terima dari anda?

     

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Zaeem Ghufran

    Related Posts

    10 Persedian Sebelum Mengambil Agent Jualan

    4 Sebab Kenapa Perlu Database

    Kelebihan Shopee Berbanding Platform Lain

    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel
    • Berapa Banyak Sales Datang Dari Follow Up?
    • Nak Jual Produk Berasaskan Makanan Kat Tiktok Shop?
    • Tips Content Bisnes Di TikTok
    • 10 Persedian Sebelum Mengambil Agent Jualan
    • Apa Itu Unique Selling Proposition (USP)?
    Categories
    • Database
    • Facebook
    • Follow Up
    • Marketing
    • Shopee
    • TikTok
    • Umum
    Facebook Twitter Instagram Pinterest
    © 2023 ZaeemGhufran. Designed by ZaeemGhufran.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.