Facebook Twitter Instagram
    Zaeem Ghufran
    • Home
    • Siapa Saya?
    • Produk & Servis
      • Waapify – Whatsapp Automation
      • Wabot-Whatsapp Automation
    • Youtube
    • Hubungi
    Facebook Twitter Instagram
    Zaeem Ghufran
    Home»Facebook»September 2019, Facebook Update Lagi?
    Facebook

    September 2019, Facebook Update Lagi?

    Zaeem GhufranBy Zaeem GhufranUpdated:No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Facebook Update Lagi?

    Berita terbaru datang dari Facebook adalah Facebook dah update satu lagi policy yg mungkin lepas ni akan menyebabkan ramai pengiklan sakit kepala..

    Policy baru tersebut adalah tak boleh “ask direct question” atau “make assumption about user’s personal attribute”

    Policy ini bermaksud, lepas ni anda dah tak boleh gunakan ayat dalam bentuk soalan dgn niat sengaja nak tapis minat audience.

    Lagi-lagi iklan headline copywriting.. kalau anda biasa nampak iklan yg ada headline macam ni ;

    “Anda ada masalah rabun yg menggangu prestasi untuk belajar?”
    “Suka makan coklat, tapi susah nak cari yang murah-murah?”

    Nampak tak.. ayatnya macam nak tapis targeted prospek dan Lepas ni ayat2 mcm ni kena hati-hati kalau nak guna. Besar kemungkinan iklan anda akan disapproved.

    Namun, Ada satu sisi lain lagi yg kami suka nak kupas tentang masalah ini adalah ;

    “Kenapa Facebook boleh sesuka hati update policy & apa kesannya kepada kita?”

    Anda kena faham, Facebook mempunyai jutaan DATABASE pengguna di seluruh dunia. Sebab tu Facebook sentiasa keluar dgn policy2 terbaru utk menjaga database pengguna nya.

    Dan kita sebagai peniaga yg sekadar “menumpang”, kemudian terpaksa “membayar” semata-mata utk sampaikan iklan kita kepada database mereka, kenalah akur dgn sebarang peraturan yg ditetapkan..

    Makin lama makin mencabar bukan?

    Saya dah tekan banyak kali sebagai peniaga online, kita kena ada – WAJIB ada database kita sendiri, yang disimpan dalam sistem autoresponder kita.

    Kalau fesbuk kita nak retargeting kena keluar kos, bayangkan kalau kita ada sejumlah database yang besar, kita tak perlu keluarkan kos 1 sen pun untuk promosi produk kita berkali-kali.

    Antara Kelebihan Memiliki Database

    1. Anda boleh tanya apa sahaja yg anda nak kepada senarai database anda
    2. Tak perlu bayar @ keluarkan kos berkali-kali untuk semata-mata utk hubungi database anda tentang promosi atau apa jua jualan yg anda nak buat
    3. Dah tak perlu risau @ pening kepala dgn masalah policy2 baru yg menyukarkan anda utk beriklan dan sebagainya

    Database ini sangat bernilai dalam satu-satu bisnes!

    Database adalah ASET kita.

    Tak kiralah walau kita buat iklan guna fesbuk ke, google ads ke, youtube ads ke, free organic ke, manual pos ke, what everlah… mesti tarik dan simpan database prospek

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Zaeem Ghufran

    Related Posts

    Mindset Salah Dalam Marketing

    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel
    • Berapa Banyak Sales Datang Dari Follow Up?
    • Nak Jual Produk Berasaskan Makanan Kat Tiktok Shop?
    • Tips Content Bisnes Di TikTok
    • 10 Persedian Sebelum Mengambil Agent Jualan
    • Apa Itu Unique Selling Proposition (USP)?
    Categories
    • Database
    • Facebook
    • Follow Up
    • Marketing
    • Shopee
    • TikTok
    • Umum
    Facebook Twitter Instagram Pinterest
    © 2023 ZaeemGhufran. Designed by ZaeemGhufran.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.