Ada dua formula asas yang perlu anda tahu untuk tahu kempen iklan FB Ads anda menguntungkan atau tidak.
- ROAS (Return On Ads Spent)
- ROI (Return On Investment)
1. ROAS
ROAS terbaik adalah 2 ke atas. Sekiranya kurang dari 2, kempen iklan anda adalah RUGI.
Formula kiraan: Jumlah Sales (RM / Jumlah Kos Iklan FB Ads
Contoh:
Jumlah sales = RM 10,000
Kos Iklan FB Ads = RM 700
ROAS = RM 10,000 / RM 700 = 14.3 (untung 14 kali ganda dari kos iklan FB Ads yang telah dikeluarkan)
2. ROI
ROI adalah metrik kiraan untuk menentukan sama ada pulangan bisnes kita dalam sebulan itu untung, breakeven atau rugi. Ianya dikira selepas semua kos yang terlibat ditolak.
Boleh dikira sebulan atau seminggu.
ROI terbaik adalah 2 ke atas. Sebagai contoh sekiranya kurang dari 2, operasi perniagaan anda pada bulan itu adalah RUGI.
Formula kiraan: Untung bersih (RM) – Kos Iklan FB Ads / Kos Iklan FB Ads
Contoh:
Jumlah sales (A) = RM 10,000
Modal produk (B) = RM 1,000
Jumlah kos overhead (C) = RM 800
Kos Iklan FB Ads (D)= RM 700
Untung bersih = (A) – (B) – (C) = RM 8,200
Kos Iklan FB Ads = RM 700
ROI = RM 8,200 – RM 700 / RM 700 = 10.7 (Untung hampir 11 kali ganda)
Apa nak buat jika ROAS atau ROI berada di tahap rugi?
Semak balik:
- Targeting FB Ads
- Cara buat gambar iklan
- Cara tulis headline dan copywriting
- Cara buat close sales
- Cara follow up prospek atau customer sedia ada