Untuk melakukan kerja-kerja pemasaran FB Ads, haruslah kita tahu berapa angka yang perlu kita keluarkan untuk allocate bajet kos iklan FB Ads.
Atau dalam erti lebih mudah, kita kena tahu berapa jumlah duit MAKSIMA untuk mencapai targer sales tertentu. Jika kita tahu berapa bajet maksima untuk kerja-kerja kempen FB Ads, barulah kita tahu di manakah tahap keuntungan kita apabila kita hendak menutup akaun kira-kira bisnes kita.
Mengikut standard SifuFBAds, bajet FB Ads maksima yang perlu kita keluarkan adalah sebanyak 10% dari target jualan yang kita telah tetapkan.
Untuk memudahkan kefahaman anda, sila lihat contoh di bawah:
Target jualan bulan Mac 2020: RM 10,000
Bajet FB Ads bulan Mac 2020: RM 10,000 x 10% = RM 1,000
Penerangan:
Ini bermakna, untuk mencapai target jualan RM 10,000 untuk bulan Mac 2020 tadi, kita mestilah meletakkan bajet FB Ads sebanyak maksimum RM 1,000. Bajet inilah yang akan kita guna untuk setting iklan dan buat split test hingga jumpa winning ads (setting iklan yang bawa untung).
Maksima 10% ini bermaksud, walau macam mana pun kita mesti pastikan bajet FB Ads kita tidak melebihi RM 1,000 tadi.
Apa akan jadi sekiranya bajet iklan melebihi 10%?
Jika lebih dari 10% profit margin kita pasti akan berkurangan. Sekiranya bisnes kita melibatkan banyak kos operasi, ianya boleh mengganggu tahap kewangan untuk membayar kos OVERHEAD perniagaan kita.
Contoh kos overhead:
- Kos sewa kedai/pejabat
- Kos bil telefon dan internet
- Kos gaji staf
- Kos pengangkutan (minyak, maintenance)
Apa nak buat jika kos iklan melebihi bajet 10%?
- Check cara kita buat FB Ads
- Check balik gambar iklan
- Check balik headline iklan
- Check balik copywriting iklan
- Check balik targeting FB Ads