Facebook Twitter Instagram
    Zaeem Ghufran
    • Home
    • Siapa Saya?
    • Produk & Servis
      • Waapify – Whatsapp Automation
      • Wabot-Whatsapp Automation
    • Youtube
    • Hubungi
    Facebook Twitter Instagram
    Zaeem Ghufran
    Home»Facebook»Mindset Salah Dalam Marketing
    Facebook

    Mindset Salah Dalam Marketing

    Zaeem GhufranBy Zaeem GhufranUpdated:No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Hi, Assalamualaikum semua

    Dalam posting kali nie aku nak share atau bercakap tentang Mindset Marketing yang ramai salah faham terutamanya yang gunakan Pengiklanan Facebook (Fb Ads), Dah banyak kali sebenarnya aku share pasal benda nie kat fb tapi masih ramai yang belum faham ( depa tahu tapi depa tak faham)

    Ramai yang kaitkan marketing adalah sale, tanpa marketing maka takde lah sale.. Ya betul, tapi untuk dapatkan sale perjalanan atau Funnel mesti dirancang dengan betul.

    Bukannya buat fb ads atau marketing hari nie, terus tunggu stranger whatsapp untuk membeli.

    Korang tak faham yang dinamakan Funnel dan Customer Life Cycle eh silap customer journey, so korang kena faham dulu step yang diperlukan untuk buat kerja pemasaran (Marketing) dan bukan sekadar buat produk pastu terus buat fb ads untuk cari sale

    Orite, Tujuan marketing sebenarnya adalah untuk menyebarkan apa yang anda bua, anda jual, anda tawarkan kepada audience dan bukannya untuk instant sale seperti gula-gula yang banyak dishare kat media social terutamanya facebook

    Marketing hanyalah untuk memberitahu pelanggan tentang kewujudan kita, apa servis kita dan apa produk yang kita jual. Marketing merupakan proses untuk mencipta customer dan selebihnya bergantung kepada planning, strategi, pengurusan syarikat, team sales dan lain-lain

    Marketing Sahaja memang takkan cukup untuk mendapatkan sale

    Salah satu kesilapan yang ramai orang buat bila baru memulakan bisnes adalah mereka tidak memikirkan pentingnya aktiviti marketing dan mereka hanya fokus nak menjual tambah parah lagi mindset dan kesilapan ini makin ramai lakukan adalah dikalangan mereka yang bercita-cita nak jadi FOUNDER PRODUK

    Mereka tergopoh-gopoh nak menjual kerana dah keluarkan modal yang banyak untuk hasilkan produk dan bila produk dah siap mereka nak push untuk dapat balik modal serta nak untung secepat mungkin (kalau boleh, hari nie keluar produk, esok dah jutawan.. tayang kemewahan di media social dengan status-status bajet alim)

    Selepas produknya siap, baru mereka dapati hendak membuat produk sangat mudah, tetapi hendak menjualnya sangat susah (Berkotak-kotak stok produk tersimpan di dalam setor). Itu yang menyebabkan mereka stress, tak tahu macam mana hendak menjualnya, Mereka tergesa-gesa belajar FB Ads.

    Mereka membelanjakan duit untuk membayar yuran kelas yang mahal, dengan harapan selepas habis kelas mereka dapat habiskan dan jual semua stok produk yang tersadai di dalam setor.

    Kemudian mereka mengeluarkan pula duit bagi membayar kos FB Ads, tetapi jualan tidak juga naik rancak macam yang disangka. Baki stok masih ada berkotak-kotak di dalam setor, Kempen marketing mesti dijalankan sekurang-kurangnya 3 bulan lebih awal sebelum produk dikeluarkan.

    Bila produk dah keluar, orang memang sudah tahu produk itu, dan mereka menunggu-nunggu mahu membelinya. Bagi peniaga kecil, kita tidak mampu mengadakan bajet besar untuk marketing.

    Jadi kita perlu menggunakan marketing di media sosial kerana ia lebih murah, Apabila ia dijalankan dengan betul, hasil jualannya tetap bagus.

    FB Page memang dibuat khusus untuk orang bisnes, maka semua fungsi dalam FB Page dicipta supaya orang bisnes dapat mencapai tujuan bisnesnya dengan lebih mudah, lebih murah, dan lebih efektif.

    Masih banyak peniaga yang menggunakan FB Page untuk tujuan menjual sahaja. Ini suatu kerugian. Gunakan FB Page untuk kerja-kerja marketing juga, nanti hasilnya angka jualan akan naik lebih tinggi.

    Sebelum aku akhiri posting kali nie aku nak nasihat kat korang semua beberapa perkara

    1. Tolong ubah mindset dan Marketing bukanlah untuk dapatkan sales
    2. Jangan bergantung pada satu channel marketing sahaja jika nak long term dalam bisnes online
    3. Buat produk mudah tapi nak buat marketing bukan semudah buat produk

    Oklah, aku doakan korang semua berjaya dan dipermudahkan urusan. Jangan lupa tinggalkan komen dan pandangan korang dalam ruang komen kat bawah ye!

    Ikhlas,
    Zaeem Ghufran
    Internet marketer

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Zaeem Ghufran

    Related Posts

    September 2019, Facebook Update Lagi?

    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel
    • Berapa Banyak Sales Datang Dari Follow Up?
    • Nak Jual Produk Berasaskan Makanan Kat Tiktok Shop?
    • Tips Content Bisnes Di TikTok
    • 10 Persedian Sebelum Mengambil Agent Jualan
    • Apa Itu Unique Selling Proposition (USP)?
    Categories
    • Database
    • Facebook
    • Follow Up
    • Marketing
    • Shopee
    • TikTok
    • Umum
    Facebook Twitter Instagram Pinterest
    © 2023 ZaeemGhufran. Designed by ZaeemGhufran.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.